fbpx

Sudahlah kotor, logo halal pula tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Omar Bakhtiar (kanan) ketika memeriksa keadaan kilang memproses makanan yang didapati kotor, hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

KUALA KANGSAR – Sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perusahaan Kuala Kangsar di sini bukan sahaja menggunakan logo halal tidak diiktiraf, malah tahap kebersihan premis itu juga tidak memuaskan.

Bukan sahaja kotor dan berbau busuk, bahkan terdapat kawasan pembiakan jentik-jentik di kilang berkenaan.

Perkara itu terbongkar dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Pemantauan Covid-19 di kilang-kilang sekitar Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, penggunaan logo halal tidak diiktiraf itu merupakan kesalahan berulang dilakukan premis berkenaan.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan ke atas premis itu mengikut Peraturan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

“Tiada kompaun dikeluarkan ke atas kilang tersebut dari segi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, namun dari segi logo halal tidak sah, tindakan diambil oleh KPDNHEP.

“Bagi aspek kebersihan pula, tindakan susulan akan diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di mana pihak berkenaan akan melakukan pemeriksaan sekali lagi,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, jelas beliau, dalam operasi bersepadu di empat buah kilang di sini, tiada kompaun dikeluarkan ekoran kesemua premis mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI