fbpx

Sindiket tunggu masa seludup pelarian Rohingya guna bot kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (kiri) bersama Ronald (tiga dari kiri) berbual dengan nelayan tempatan semasa melawat Pengkalan Nelayan Kuala Teriang, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Sindiket penyeludupan etnik Rohingya dipercayai sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyeludup pelarian tersebut dalam bilangan kecil menggunakan bot dari Indonesia ke negara ini dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, risikan mendapati sindiket itu akan cuba menyeludup antara dua hingga tiga pelarian etnik tersebut menggunakan bot kecil.

“Kita tahu sindiket ini cuba bawa mereka (pelarian Rohingya) ke negara ini. Kita juga tahu mereka kini berada di Indonesia.

“Walau bagaimanapun pihak berkuasa di perairan negara termasuk Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM) selain National Task Force juga bersedia mengawal perairan negara daripada diceroboh pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di sini termasuk Balai Polis Kuala Teriang dan Pengkalan Nelayan Kuala Teriang bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI