fbpx

Sasar 20,000 suntikan sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (tengah) ketika sidang akhbar selepas Pasca Mesyuarat CITF negeri Sembilan di Wisma Negeri, di sini hari ini. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Kadar suntikan vaksinasi harian Covid-19 di Negeri Sembilan akan ditingkatkan kepada 20,000 suntikan setiap hari menjelang Julai depan memandangkan negeri tersebut berdepan gelombang penularan kes yang agak tinggi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, ketetapan itu merupakan strategi dan hasil kesepakatan yang dibuat oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) pusat dan negeri.

Menurut beliau, usaha itu bagi mencapai sasaran keseluruhan 80 peratus penduduk negeri Sembilan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Oktober depan iaitu dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan pada Disember 2021.

“Kadar 20,000 suntikan setiap hari di negeri itu merupakan kapasiti tertinggi yang akan kita buat Julai nanti berbanding kapasiti tertinggi harian setakat ini iaitu 7,000 suntikan sahaja.

“Ini merupakan strategi kita untuk meningkatkan kadar vaksinasi di negeri  berkenaan yang turut disokong dengan penghantaran 600,000 dos vaksin Covid-19 juga pada Julai,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Pasca Mesyuarat CITF Negeri Sembilan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

jelas Khairy, dengan penambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kita yakin dapat mempercepatkan proses vaksinasi dan imuniti Covid-19 di negeri Sembilan termasuk pembukaan PPV industri dan PPV yang lebih besar untuk orang awam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

“Untuk permulaan sebanyak dua buah PPV  industri di Negeri Sembilan akan dibuka pada awal Julai ini iaitu di D’Tempat Country Club, Sendayan dan D’Cattleya, Senawang yang diselaraskan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Buat masa ini, kita sudah ada 46 kilang melibatkan15,000 pekerja yang telah berdaftar di bawah MITI dan menyertai Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS),” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI