fbpx

Ramai dijangka guna laluan tikus untuk tinjau dusun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barudin (tengah) bersama Pegawai Daerah Perak Tengah, Rozalinawati Che Roslee (baju kelabu) mendengar penerangan pengurusan kilang semasa pemeriksaan SOP di sebuah kilang di Seri Iskandar, di sini, hari ini.

PARIT – Polis tidak menolak kemungkinan ramai individu akan menggunakan laluan tikus untuk merentas daerah bagi meninjau hasil di kebun durian masing-masing ekoran musim buah berkenaan yang sudah pun bermula.

Antara laluan yang dikenal pasti termasuklah dari arah seperti Kuala Kangsar, Manjung, Kampar, Batu Gajah dan Ipoh.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, sehubungan itu kawalan dan pemeriksaan akan diperketatkan bagi mengelak cubaan yang melanggar pematuhan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Laluan-laluan tikus ini tidak ada sekatan jalan raya, tetapi kita ada pasukan yang membuat pemantauan, rondaan dan pemeriksaan setiap masa.

“Walau apa pun tujuan rentas daerah tanpa kebenaran adalah dilarang dan menjadi kesalahan dalam usaha kita mengendurkan jangkitan Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di salah sebuah kilang di Seri Iskandar hari ini.

Menurut Barudin, sebanyak 117 kompaun telah dikeluarkan polis melibatkan pelbagai kesalahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun hingga hari ini.

“Daripada jumlah itu sebanyak 43 kerana merentas daerah menggunakan laluan tikus manakala selebihnya kesalahan tidak memakai pelitup muka serta tidak mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan.

“Bermacam-macam alasan diberikan kadang-kadang kita rasa tidak logik termasuklah tidak tahu sempadan antara daerah ketika lalu di laluan tikus,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI