fbpx

Polis rampas aksesori tayar lori seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penutup tayar lori yang ditinggalkan di dalam guni di Pangkalan Haram Adam, Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN PDRM

PASIR MAS – Polis merampas sebanyak 130 keping penutup tayar lori iaitu aksesori tambahan kepada kenderaan berat itu dianggarkan bernilai RM30,000 yang diseludup melalui Pangkalan Haram Adam di sini semalam.

Serbuan pukul 1 petang itu dilakukan oleh anggota dari Balai Polis Rantau Panjang yang membuat rondaan cegah jenayah dan pemantauan Covid-19 di sekitar kawasan tersebut.

Difahamkan, aktiviti penyeludupan masuk aksesori itu disebabkan oleh permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di negara ini selain coraknya yang menarik.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa melakukan rondaan di kawasan pangkalan haram itu, polis telah melihat satu longgakan guni putih di lokasi tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas guni-guni itu telah membawa kepada penemuan kesemua barangan tersebut.

“Polis terus membuat pemerhatian di lokasi itu selama 30 minit, namun tiada individu yang hadir mengambil barangan tersebut.

“Kesemua rampasan itu telah diserah kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Rantau Panjang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, polis akan terus melakukan rondaan pencegahan jenayah dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan di sekitar pangkalan haram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI