fbpx

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tangani pengangguran graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Langkah yang diambil Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung pelaksanaan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dilihat mampu menangani isu pengangguran dalam kalangan graduan terutamanya daripada bidang pendidikan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, terdapat ribuan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari universiti awam yang sehingga kini masih menunggu penempatan.

“Mereka ini merupakan graduan berkualiti dalam bidang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi untuk keperluan sekolah menengah seperti mana yang diperlukan oleh KPM.

“Jadi KPT menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh KPM berhubung pelaksanaan pengambilan khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, Noraini berkata, beliau berharap supaya para graduan ISMP dari universiti awam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang masih belum mendapat penempatan, diberi pertimbangan yang sewajarnya.

“Saya yakin dan percaya mereka mampu menggalas amanah sebagai pendidik sebaiknya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI