fbpx

onBaza bantu peniaga kecil, warung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
onBaza memberi peluang kepada peniaga warung menawarkan menu makanan terus kepada pelanggan menggunakan aplikasinya.

PETALING JAYA – Peniaga secara kecil-kecilan termasuk yang menjual makanan dari rumah dan juga di warung kini berpe­luang menawarkan menu makanan masing-masing dengan menggunakan khidmat penghantaran onBaza Sdn. Bhd. (onBaza).

Pengarah syarikatnya, Mohammad Hazwani Ahmad berkata, tiada istilah perniagaan bersaiz kecil bagi onBaza kerana­ mereka yang menjual tauhu bergedil, cendol, nasi lemak, mangga pulut dan makanan barat semuanya berpeluang untuk disenaraikan dalam pilihan aplikasi syarikat.

Menurutnya, onBaza yang mula beroperasi pada bulan Mac tahun lalu telah memiliki lebih daripada 200 peniaga kecil berdaftar di aplikasinya.

Buat masa ini, kebanyakan peniaga beroperasi di kawasan Gombak, Setapak, Wangsa Maju dan di sekitar Kuala Lumpur.

“Ramai peniaga yang terpaksa menutup perniagaan kerana masalah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membatasi operasi perniagaan mereka di pasar malam atau di pasar tani.

“Perkhidmatan ini juga terbuka kepada mereka yang diberhentikan kerja, menganggur dan suri rumah yang mahu mencari duit tambahan dengan menjual makanan yang enak dari premis kediaman masing-masing.

“Kami sedia membantu mereka­ menghantar jualan makanan terus kepada pelanggan,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Mohammad Hazwani menjelaskan, buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 30 penghantar dan menjangkakan jumlah tersebut bertambah pada masa depan ekoran permintaan tinggi daripada pelanggan yang membuat pesanan secara online.

Tambah beliau, aplikasi onBaza telah di muat turun lebih daripada 1,000 pengguna dan syarikat juga menjangkakan pertambahan menu dan peniaga kecil baharu setiap minggu.

“Semua makanan dan minuman yang dijual di aplikasi ini di jamin halal dan sehubungan itu, pelanggan tidak perlu berasa was-was membeli makanan daripada syarikat.

“Sepanjang bulan Jun ini, onBaza juga sedang menjalankan promosi yang sangat menarik kepada pelanggan dengan menawarkan diskaun 50 peratus ke atas makanan dan minuman yang dibeli daripada enam peniaga­ terpilih dengan menggunakan kod promo BIG6 antara hari Isnin dan Jumaat.

“Pada hujung minggu pula, pesanan yang dibuat dalam radius lima kilometer (km) pertama tidak akan dikenakan sebarang caj penghantaran dan setiap tambahan kilometer (km) berikutnya dikira pada kadar yang amat rendah iaitu RM1/km,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI