fbpx

Malaysia telah terima 8.59 juta dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Negara telah menerima sejumlah 8.59 juta dos vaksin melibatkan tiga jenis vaksin setakat semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perkongsian di Facebook hari ini memaklumkan, tiga jenis vaksin yang telah diterima Malaysia ialah Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Daripada jumlah itu katanya, vaksin jenis Pfizer paling banyak diterima setakat ini iaitu sebanyak 4,078,620 dos diikuti Sinovac (3,687,880 dos) dan AstraZeneca dengan 828,000 dos.

Pihak KKM turut menyatakan bahawa Malaysia akan menerima bekalan pertama vaksin CanSino pada Julai ini.

“Malaysia dijangkakan menerima bekalan pertama bagi vaksin CanSino pada bulan hadapan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI