fbpx

Lelaki malas turun naik tangga campak sofa dari tingkat tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan bernasib baik kerana sofa tersebut tidak mengenainya. – Daily Star

ISTANBUL, TURKI – Seorang wanita nyaris dihempap sofa lama yang dicampak keluar oleh jirannya dari tingkat tiga sebuah pangsapuri dalam kejadian di Istanbul, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pemilik sofa tersebut, Mesut Duran mengaku melakukan perbuatan itu kerana berasa malas untuk membuang sofa itu dengan cara membawa turun ke tingkat bawah menggunakan tangga.

Insiden yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) bangunan pangsapuri menunjukkan sofa yang dicampakkan hampir menghempap seorang wanita yang kebetulan baru keluar dari bangunan itu.

Wanita yang juga penghuni pangsapuri tersebut terkejut, namun mengangkat tangannya ke arah Duran sebelum terus berlalu pergi.

“Saya membeli sebuah sofa baharu. Sebelum mencampakkan sofa itu, saya melihat ke arah tingkat bawah dan mendapati tiada sesiapa yang sedang berjalan.

“Jadi, saya berpendapat tidak menjadi masalah untuk melempar sofa lama itu ke luar tingkap,” ujar Duran.

Bagaimanapun tambah lelaki itu, dia terkejut apabila jirannya secara tiba-tiba berjalan keluar dari bangunan sebaik sahaja sofa tersebut hampir mencecah tanah dan nyaris mengenainya.

“Dia bernasib baik kerana terselamat. Dia hampir mati dan saya hampir menjadi seorang pembunuh,” katanya.

Sofa lama itu kemudian dilaporkan dibuang oleh pekerja pembersihan sampah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI