fbpx

Isteri polis bersalah bunuh pembantu rumah dipenjara 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaiyathiri (kiri) dengan sengaja menyebabkan kematian pembantu rumahnya, Piang Ngaih Don pada 26 Julai 2016. -YouTube

SINGAPURA – Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang warga negaranya kerana didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Myanmar.

Gaiyathiri Murugan, 41, didapati bersalah ke atas 28 pertuduhan menyebabkan kematian terhadap pembantu rumahnya, Piang Ngaih Don pada 26 Julai 2016.

Gaiyathiri dan ibunya telah menyerang dan mengakibatkan tulang tengkuk mangsa retak dan juga telah menyebabkan kecederaan pada otak.

Wanita kejam itu juga dengan sengaja membiarkan Ngaih Don kebuluran, menyebabkan kecederaan dengan menekapkan seterika panas ke atas badan mangsa, memukulnya dengan batang penyapu dan menarik rambut mangsa sehingga tertanggal.

Peguam bela, Joseph Chen dalam hujahnya di mahkamah memohon supaya anak guamnya itu dikenakan hukuman penjara tidak lebih sembilan tahun dengan alasan tertuduh telah ditahan reman selama lima tahun selain faktor anak-anak yang sedang membesar dan masalah mental tertuduh.

Suami Gayathiri yang merupakan seorang anggota polis, Kelvin Chelvam kini digantung tugas dan berdepan lima pertuduhan kerana mencederakan mangsa dan menipu polis dengan mengatakan kamera litar tertutup di flat kediamannya telah dialih. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN