fbpx

Bekalan gula negara dijamin kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kanan depan ) meninjau operasi pengeluaran gula di kilang CSR Batu 3, di sini hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa bekalan gula di seluruh negara akan kembali pulih.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, kekurangan bekalan gula seperti dilaporkan sebelum ini susulan kilang pemprosesan gula di Prai, Pulau Pinang menghadapi masalah teknikal akibat kes Covid-19.

“Bagi memastikan bekalan gula tidak menghadapi masalah dan cukup di pasaran, hari ini saya datang ke kilang ini untuk memastikan stok dan keberadaan gula terjamin.

Stok dan keberadaan gula di kilang masih terjamin.

“Sebelum ini, kita dapat laporan daripada pemborong di Pantai Timur seperti di Pahang dan Terengganu bahawa stok mereka sudah berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kilang Gula Central Sugar Refinery (CSR) di Batu Tiga di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya yakin bekalan gula mencukupi di pasaran selepas melihat sendiri operasi dan mendengar taklimat CSR berhubung perkara itu.

“Hasil tinjauan mendapati walaupun stok dikatakan berkurangan, namun masih boleh bertahan.

“Malah, kilang gula di Prai pun sudah boleh beroperasi dan bekalannya tidak menjadi isu,” katanya.

Mengulas mengenai isu kenaikan harga minyak masak, beliau menegaskan keputusan berkaitannya akan diketahui esok.

“Kita telah bermesyuarat dengan Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dan Kementerian Kewangan Rabu lalu yang menampakkan hasil yang positif,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI