fbpx

ACL 2021: Harimau Selatan elak dihukum Nagoya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA (tengah) percaya skuad JDT mampu melakukan sesuatu yang luar biasa apabila menentang Nagoya ketika bercakap pada sidang akhbar virtual di Bangkok semalam. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

TUGAS sukar menanti Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila memulakan Kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021 menentang kelab Jepun, Nagoya Grampus Eight di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora mengakui kehebatan yang dimiliki pasukan lawan dan skuad Harimau Selatan pasti akan dihukum sekiranya melakukan kesilapan kecil.

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata, Nagoya mempunyai barisan jentera serangan berbisa seperti Ryogo Yamasaki, Yuki Soma dan penyerang Brazil, Gabriel Xavier yang mampu me­ngubah keputusan perlawanan sepanjang 90 minit.

Jelasnya, Nagoya yang dikendalikan oleh jurulatih Itali, Massimo Ficcadenti turut mempunyai benteng pertahanan yang ampuh dan sukar ditembusi.

Bagaimanapun, Mora enggan menyerah kalah sebelum bertarung serta tekad untuk memberikan tentangan hebat dan mengintai peluang untuk mendapatkan keputusan positif.

“Kita memulakan kempen ACL bertemu dengan pasukan cukup handal. Nagoya yang berada di posisi kedua liga domestik Jepun adalah sebuah pasukan teratur, matang dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi menghukum pasukan lawan.

“Jadi, bermain menentang pasukan ini menuntut pemain memberikan aksi terbaik dari setiap sudut untuk menunjukkan kemampuan kami iaitu sebuah kelab kecil yang bercita-cita besar di pentas kejohanan bertaraf tinggi ini.

“Kejohanan ini amat pen­ting buat kami dan para pemain perlu berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi pada perlawanan esok (malam ini). Siapa tahu kami mampu melakukan sesuatu yang luar biasa,” katanya pada sidang akhbar virtual menjelang perlawanan menentang Nagoya di Bangkok semalam.

Ditanya mengenai persiapan setelah 14 pemain JDT dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini, Mora berkata, itu adalah isu yang perlu mereka hadapi kerana dibarisi ramai pemain berkualiti untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Katanya, walaupun mereka mempunyai masa singkat untuk berlatih bersama, itu tidak menjadi masalah kerana persefahaman antara pemain cukup kuat setelah mengharungi perlawanan liga yang padat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI