fbpx

624 Tok Batin setuju divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (dua, kiri) dan Mohd Salim (kanan) meninjau Program Vaksinasi Bergerak Orang Asli di Kampung Panchor, di sini, pagi tadi. – Foto IZZAT TERMIZIE

JEMPOL – Seramai 624 Tok Batin daripada 853 perkampungan orang asli di negara ini telah bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.

Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, persetujuan Tok Batin berkenaan yang dianggap idola masyarakat orang asli akan meningkatkan lagi keyakinan serta persetujuan masyarakat berkenaan untuk divaksin.

Menurutnya, selain Tok Batin, masyarakat orang asli juga mempercayai golongan guru dalam kalangan masyarakat mereka sendiri dan kumpulan kesenian seperti Bahbola untuk meningkatkan keyakinan mereka menerima vaksin.

“Jadi dalam program outreach ini, kita dekati terlebih dahulu golongan idola masyarakat orang asli ini untuk bersetuju menerima vaksin.

“Terima (vaksin) Tok Batin, terimalah anak buah (masyarakat orang asli). Sehingga kini, hampir 50 peratus Tok Batin sudah menerima vaksin,” katanya sempena Program Vaksinasi Bergerak Orang Asli di Kampung Panchor, di sini, pagi tadi.

Dalam program berkenaan, seramai 260 penduduk dari dua buah perkampungan Orang Asli iaitu Panchor dan Ban Peti menerima suntikan vaksin yang dilakukan oleh Unit Mobile Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) termasuk tujuh penerima vaksin yang dikunjungi di kediaman masing-masing.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Mohd Salim Sharif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk L. Manickam.

Abdul Rahman berkata, sejak program outreach ke perkampungan orang asli dilaksanakan bermula dua minggu lalu dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), RISDA, PKD dan kepimpinan setempat, bilangan orang asli yang bersetuju menerima vaksin menunjukkan peningkatan yang ketara.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI