fbpx

11 individu disyaki terlibat Geng 35 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu gambar yang dimuat naik di TikTok memaparkan seorang individu menyuap kek berbentuk angka 35 pada sambutan Hari Bapa, semalam.

KULIM – Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, Geng 35 setelah salah seorang daripada mereka memuat naik video memaparkan gambar-gambar sambutan Hari Bapa dalam aplikasi TikTok semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mengesan video berdurasi 44 saat yang dimuat naik oleh @ravin7429 kira-kira pukul 7 malam.

“Video tersebut menunjukkan seorang lelaki memotong kek berbentuk angka 35 berwarna merah dan kuning yang mana majlis tersebut dihadiri 15 individu termasuk kenalan kepada tuan rumah” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, polis menahan sembilan lelaki dan dua perempuan berusia antara 25 hingga 61 tahun.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah rumah suspek yang meraikan sambutan Hari Bapa,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI