fbpx

109,000 individu dibantu Perkeso 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Program Penjana Kerjaya yang dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sudah berjaya memberi manfaat kepada kira-kira 109,000 individu, setakat hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan, seramai 114,137 individu menganggur berjaya mendapat pekerjaan kembali selepas dibantu Perkeso.

Beliau berkata, daripada 114,137 individu itu, 95.4 peratus atau 109,000 individu adalah terdiri daripada pemohon Penjana Kerjaya.⠀

“Program Penjana Kerjaya diwujudkan di bawah seliaan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) di mana ia menyediakan peluang pekerjaan khusus untuk  belia, graduan menganggur dan pencari kerja daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

“Penjana Kerjaya menjana pekerjaan melalui insentif gaji sehingga 60 peratus selama enam bulan kepada majikan yang berdaftar dengan program itu,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook, hari ini.

Ujar beliau, pihaknya menyeru kepada semua pencari kerja supaya mendaftar melalui portal www.myfuturejobs.gov.my.

Tengku Zafrul berkata, majikan yang berminat pula boleh mendaftar untuk mendapatkan insentif gaji melalui https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan mengiklankan  pengambilan pekerjaan melalui www.myfuturejobs.gov.my.

“Tarikh tutup bagi pendaftaran majikan adalah pada 30 Jun depan. Bagi majikan yang belum mendaftar, mereka digesa mendaftar dan ambil peluang ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI