fbpx

1,050 kg pisang berangan terpaksa dibuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada buah pisang yang tidak dapat dijual oleh Mohd. Azlan di kebun pisangnya di Kampung Belimbing Kiri, Kuala Nerang, Padang Terap semalam.

KUALA NERANG – Dua sahabat dari Kampung Belim­bing Kiri di sini terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 apabila tidak dapat memasarkan tanaman pisang diusahakan mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sejak awal bulan ini.

Keadaan tersebut didakwa berlaku apabila pemborong dari Pulau Pinang dan Perlis serta beberapa daerah di ne­geri ini tidak datang membeli pisang tersebut dalam tempoh PKP ini.

Mohd. Azlan Abdul Manaf, 37, dan Azmir Abd. Rahman, 37, dari Kampung Belimbing Kiri mengusahakan tanaman pisang berangan seluas kira-kira dua hektar sejak April tahun lalu.

Menurutnya, kebun pisang milik mereka itu dapat mengeluarkan pisang sebanyak 400 hingga 500 kilogram (kg) sehari.

Katanya, pada minggu pertama PKP Penuh, mereka terpaksa melupuskan kira-kira 1,050 kg pisang berangan yang telah masak selepas tiada pemborong datang membelinya.

“Selepas itu kami terpaksa memasarkan sendiri buah pisang tersebut untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.

“Pada masa ini, kami terpaksa meletakkan buah pisang tersebut di kedai-kedai runcit di sekitar daerah Padang Terap,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, ujarnya, sebelum ini mereka menjual pisang pada harga RM 2.50 sekilogram berbanding RM1.80 sekilogram pada ketika ini.

Azmir pula memberitahu, mereka mengusahakan tanaman pisang itu dengan berkongsi modal sebanyak RM35,000.

“Alhamdulillah, projek tanaman pisang yang diusahakan itu berjaya, namun menghadapi masalah untuk memasarkan buah pisang tersebut ketika PKP ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI