fbpx

Wijnaldum kritik formasi De Boer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIJNALDUM (kiri) mengakui lebih selesa menggunakan formasi ­4-3-3 berbanding apa yang diterapkan oleh Belanda ketika ini. – AFP

AMSTERDAM – Pemain tengah Belanda, Georginio Wijnaldum terus mempersoalkan tindakan jurulatihnya, Frank De Boer yang menggunakan formasi 5-3-2 yang membuatkan dirinya tidak begitu selesa.

Biarpun formasi berkenaan dilihat membuatkan aksi Belanda sedikit bermasalah dan tidak begitu kemas, namun mereka berjaya mencatat kemenangan bersih dalam dua perlawanan awal dan mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020.

Para pemain Belanda dikatakan lebih gemar menggunakan formasi 4-3-3 selain ia juga me­rupakan taktikal yang digemari oleh Wijnaldum sendiri.

“Saya lebih gemarkan formasi 4-3-3 kerana ia adalah tradisi dan kekuatan Belanda. Ia lebih dekat dengan saya kerana saya boleh memainkan peranan di bahagian serangan dengan membantu tiga pemain penyerang di hadapan.

“Ia juga adalah gaya permainan kami ketika di bawah kenda­lian Ronald Koeman dan ketika itu jugalah kami berjaya mengecap banyak kemenangan,” katanya.

Wijnaldum sebelum ini secara terbuka mengkritik formasi yang digunakan oleh De Boer terutama ketika mereka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Scotland pada aksi persahabatan sebelum ke Euro.

“Formasi 5-3-2 menyebabkan permainan kami tidak begitu sempurna, pergerakan pemain juga menjadi lebih terhad. Perkara ini telah dibincangkan dalam bilik persalinan.

“Walaupun kami berjaya memenangi dua perlawanan dengan formasi tersebut tetapi menggunakan 4-3-3 kami berjaya menewaskan Perancis dan Jerman ketika aksi Piala Negara-Negara Eropah,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI