fbpx

Warga Nigeria, isteri didakwa pindah wang lebih RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga Nigeria, Adetola David ketika di bawa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas petuduhan mengalihkan wang dengan tiga transaksi berjumlah RM4,080, pada Mac lalu.

AMPANG –  Seorang warga Nigeria dan isteri didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini, atas pertuduhan mengalihkan wang dengan tiga transaksi berjumlah RM4,080 pada Mac lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Adetola David Gbolahan, 36 dan isterinya yang merupakan warga tempatan, Sopiah Jamaludin, 48 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama telah dengan curang mengalihkan wang dengan tiga transaksi berjumlah RM4,080 dalam milikan seorang lelaki yang telah dimasukkan ke akaun seorang wanita di Cawangan Ambank, Kompleks Ampang Point, pukul 1 petang pada 31 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan alternatif iaitu dengan curang mengalihkan wang sama, di mana mereka tidak dapat memberi penjelasan yang munasabah sebab mereka mengeluarkan wang tersebut di tempat dan masa sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seskyen 34 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI