fbpx

Vaksin Covid-19 tempatan di peringkat pengklonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pembangunan vaksin Covid-19 buatan Malaysia kini berada pada peringkat pengklonan yang merangkumi virus asal dan SARS-CoV-2 jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) sejak kajian dimulakan November tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pembangunan itu melibatkan kerjasama antara Institut Kajian Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibiayai Institut Kesihatan Negara (NIH) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Apabila proses terbabit berjaya, kajian pra klinikal akan dilakukan ke atas haiwan besar dan kecil sebelum kajian klinikal ke atas manusia.

“Pengklonan yang merangkumi virus asal dan SARS-CoV-2 jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) dengan penjujukan genetik bagi menghasilkan imuniti terhadap virus Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras PICK merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara maya, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI