fbpx

Titip doa hari bapa buat arwah suami, peminat mahu BCL setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA berkongsi kenangan bersama arwah suaminya, Ashraf yang dianggap selama-lamanya akan menjadi hero anaknya, Noah.

JAKARTA – Perkongsian video kenangan ‘gurau senda’ antara Allahyarham Ashraf Sinclair dengan anaknya, Noah oleh penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari sempena sambutan Hari Bapa semalam meruntun hati peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Intagramnya, Bunga atau mesra disapa BCL berkongsi saat indah antara suami bersama anak mereka dengan meninggalkan ucapan buat arwah suaminya.

“Selamat Hari Bapa. Terima kasih telah memberikan banyak sekali tawa dan kebahagiaan untuk Noah. Terima kasih telah mengajar Noah tentang kehidupan.

“Terima kasih telah mengajar Noah untuk mencintai dirinya, memaafkan dirinya sendiri bila melakukan kesalahan dan belajar daripada kesalahan itu,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, BCL yang kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 turut berkata, Ashraf akan selamanya menjadi hero untuk anak mereka, Noah.

Perkongsian doa dan ucapan oleh BCL untuk arwah Ashraf mendapat perhatian pengikutnya dalam Instagram termasuk dalam kalangan rakan-rakan selebriti.

Malah, ada juga dalam kalangan peminatnya meminta supaya pelantun lagu Cinta Sejati itu tidak berkahwin lain selepas pemergian Ashraf.

“Jangan menikah lagi ya kak Unge (panggilan Bunga),” kata salah seorang pengikutnya dalam Instagram.

Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada usia 40 tahun pada 18 Februari tahun lalu akibat serangan jantung di rumahnya di Jakarta, Indonesia.

Genap setahun pemergian Ashraf, sekitar bulan lalu, banyak portal di Indonesia menyebut jika BCL kini sedang intim dengan penyanyi popular, Ariel Noah.

Gosip tersebut tersebar selepas tularnya foro BCL sedang memeluk Ariel dari belakang yang diambil daripada video muzik berjudul Mencari Cinta membabitkan mereka berdua. -K! ONLINE’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI