fbpx

Polis tahan wanita viral herdik polis di SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita menengking anggota polis yang bertugas disebuah SJR di Kota Kinabalu. - Foto: IHSAN PEMBACA

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang wanita yang tular ekoran tindakanya mengherdik anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kepayan baru-baru ini.

Wanita berusia 34 tahun terbabit ditahan pada pukul 11.20 pagi tadi bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Selain itu, pihaknya juga mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis, manakala, pakaian yang dirampas itu adalah bertujuan mengenal pasti sama ada ia adalah pakaian sama yang dipakai oleh wanita berkenaan dalam kejadian yang dirakam dalam video.

Mohd Zaidi (tengah) ketika sidang media berkaitan penahanan seorang wanita berkaitan kes tular di laman sosial di Kota Kinabalu. -Foto IVAN AMIRUL

“Polis ketika kejadian mengeluarkan saman ke atas wanita terbabit berikutan kesalahan tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

“Bagaimanapun, berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan seperti ‘kau siapa mau saman saya, nasib kau lelaki, kalau perempuan saya kasi telanjang kau dan rungkup kau’,” katanya pada sidang media sebentar tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI