fbpx

Polis rampas barangan runcit seludup RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan runcit seludup yang dirampas dalam dua buah lori di sebuah taman perumahan di Rantau Panjang semalam.-Foto IPD PASIR MAS

PASIR MAS – Polis merampas pelbagai barangan runcit bernilai RM150,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran selepas menahan dua buah lori di kawasan perumahan Rantau Panjang di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 1.30 petang itu, polis turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 27 tahun yang merupakan pemandu kenderaan berat tersebut bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, sebelum serbuan dilakukan, anggota polis melihat dua buah lori itu berada dalam keadaan yang mencurigakan ketika menjalankan rondaan di lokasi itu.

Katanya, anggota polis terus melakukan pemeriksaan di ruang belakang kedua-dua buah lori itu sebelum menemui barangan runcit seperti bihun, mi segera, sardin, kicap ikan, asam jawa dan lain-lain.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku telah mengambil barangan runcit tersebut di pangkalan haram Mundok, Jeram Perdah di sini.

“Barangan itu kemudian akan dihantar ke Mulong, Kota Bharu dan Kampung Jal Besar, Tumpat. Kedua-dua suspek turut mengaku menerima upah sebanyak RM200 untuk membawa barangan runcit itu,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI