fbpx

Perak tiada halangan laksanakan ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (kanan) menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur secara pandu lalu kepada penduduk Kampung Selamat, Gunung Semanggol hari ini.- Foto Wat Kamal Abas

BAGAN SERAI – Kerajaan negeri Perak tiada halangan untuk membenarkan ibadah korban dilaksanakan sempena Aidiladha tahun ini dengan mengikuti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bagaimanapun, ketika ini, semua pihak berkaitan sedang menunggu ketetapan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi melaksanakan ibadah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, bekalan ternakan bagi tujuan korban di negeri ini adalah mencukupi meskipun sebelum ini timbul isu ternakan lembu dan kerbau yang dijangkiti penyakit kulit kental (LSD).

“Disebabkan risiko penularan LSD ini juga kerajaan telah menggantung sementara pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand.

“Tetapi perkara ini langsung tidak menjejaskan bekalan ternakan di negeri ini, kita masih ada alternatif lain dan kita beri jaminan bekalan di Perak adalah mencukupi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada penduduk Kampung Selamat, Gunung Semanggol di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI