fbpx

Peniaga capati rugi wang dicuri pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Seorang peniaga capati kerugian RM3,750 selepas wang tersebut lesap dipercayai dicuri pekerjanya di sebuah restoran di Taman Perwira di Langkap, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian pada pukul 10.30 pagi disedari lelaki berusia 44 tahun itu setelah mendapati wang yang disimpan di dalam laci kaunter tiada.

Katanya, lelaki itu kemudian mencari pekerjanya yang merupakan warga Pakistan di kedai namun suspek telah melarikan diri bersama-sama barang peribadinya.

“Mangsa mengesyaki pekerjanya yang berusia lingkungan 30-an itu mengambil wang dengan cara membuka laci kaunter menggunakan kunci yang diambil di atas almari di belakang kaunter.

“Laci kaunter itu didakwa hanya diuruskan oleh mangsa dan seorang pekerja lain. Mangsa mendakwa wang tersebut hasil jualan seminggu dan dijadikan wang pertukaran di restoran tersebut.” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI