fbpx

Pencuri kabel patah kaki terjun kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (kanan) menunjukkan peralatan digunakan suspek.

KUALA LANGAT – Seorang pencuri kabel dan wayar elektrik patah kedua-dua belah kaki apabila nekad terjun dari tingkat tiga sebuah kilang terbengkalai di kawasan perindustrian Telok Panglima Garang di sini bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang pada Jumaat lalu, suspek bagaimanapun ditahan bersama rakannya yang masing-masing berusia 28 dan 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, serbuan itu hasil maklumat awam berhubung satu kejadian ceroboh kilang terbengkalai di kawasan berkenaan.

Katanya, dua suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga kilang tersebut selain seorang lagi bersembunyi di bawah meja pada aras sama.

“Turut ditemui bersama-sama suspek adalah peralatan pecah rumah dan curi kabel seperti gergaji besi, pemotong wayar, pencabut paku, tukul kuku kambing, pisau dan gunting.

“Hasil siasatan mendapati tujuan mereka bagi mencuri kabel dan wayar elektirik mengandungi tembaga serta untuk barangan perabot yang ada di kilang itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, siasatan juga mendapati kedua-dua suspek tinggal berhampiran dengan kawasan kejadian.

Rizal menambah, salah seorang suspek yang ditangkap mempunyai lima rekod jenayah untuk kesalahan pecah rumah dan curi.

“Seorang suspek yang ditahan di wad Hospital Banting telah diberikan jaminan polis selepas mengambil keterangannya.

“Manakala, seorang lagi telah direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 dan Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI