fbpx

MOTAC lanjut pengecualian bayaran fi lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyediakan beberapa inisiatif pelanjutan pengecualian pembayaran fi lesen bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut terdiri daripada pelanjutan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi permohonan pembaharuan lesen bermula dari 1 Julai lalu sehingga 31 Disember depan.

Kenyataan itu berkata, inisiatif tersebut turut melibatkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang belum mendapat kelulusan pembaharuan lesen disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang itu untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian tersebut dapat dinikmati.

“MOTAC sentiasa prihatin dengan senario cabaran besar dan berterusan yang masih dihadapi oleh penggiat industri pelancongan susulan impak pandemik Covid-19,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI