fbpx

Lisa, Yusry pilih nama Yunos Laith untuk anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA berkongsi nama bayi lelaki ketiganya yang diberi nama Yunos Laith.

PETALING JAYA – Genap tujuh hari dilahirkan, pelakon Lisa Surihani berkongsi nama bayi lelaki ketiganya yang diberi nama Yunos Laith.

Perkara tersebut dikongsikan Lisa, 35, menerusi Instagramnya sebentar tadi sambil memuat naik gambar bayi lelakinya itu yang dipangku kakak dan abangnya.

“Assalamualaikum. Hai semua. Kami nak memperkenalkan adik kami yang sudah berusia tujuh hari. Namanya Yunos Laith bin Yusry,” tulisnya.

Menurut Lisa, nama Yunos yang diberi kepada bayi lelakinya itu merupakan nama salah seorang nabi.

Sementara nama Laith pula membawa maksud berani seperti singa.

“Rawr! Kami sangat sayangkan dia. Dia dilahirkan pada 15 Jun yang merupakan tarikh lahir Daddy. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya lagi.

Pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu bagaimanapun tidak mendedahkan wajah bayi lelaki yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Bangsar itu.

Lisa selamat melahirkan bayi ketiganya yang dilahirkan dengan berat 3.49 kilogram (kg) pada pukul 2.30 pagi 15 Jun lalu.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 itu sebelum ini dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne, 4. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI