fbpx

Lembu ternakan mati dibaham pak belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim (kiri) melihat anak lembu ternakannya yang mati dibaham harimau di dalam ladang kelapa sawit di Felda Perasu, Gua Musang.-Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kebanyakan penternak lembu di Felda Perasu di sini resah dengan ancaman harimau yang telah membaham tujuh ekor lembu ternakan mereka sejak sebulan lalu.

Terbaharu, seekor anak lembu ditemui mati dibaham harimau selepas dilepaskan dalam kawasan ladang kelapa sawit pada pukul 7 pagi semalam.

Seorang penternak, Ibrahim Derani, 64, berkata, dalam kejadian itu, anak lelakinya yang membawa 30 ekor lembu masuk ke dalam ladang kelapa sawit terkejut apabila terserempak dengan harimau berkenaan.

Katanya, ketika itu, anaknya melihat harimau berkenaan sedang menyeret seekor anak lembu dalam keadaan berdarah.

“Anak saya terus lari menyelamatkan diri dan masih ketakutan untuk masuk ke ladang sawit kerana bimbang harimau berkenaan masih berada dalam kawasan ladang.

“Boleh dikatakan hampir setiap tahun lembu ternakan kami menjadi mangsa harimau dan dalam tempoh sebulan ini adalah kejadian paling teruk apabila sudah tujuh ekor lembu mati,” katanya ketika ditemui pemberita di ladang sawit Felda Perasu di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI