fbpx

Lelaki sakit mental gantung diri tepi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangga yang digunakan oleh mangsa untuk menggantung diri di tepi rumahnya di Kampung Chenulang, Kuala Krai kelmarin.

KUALA KRAI – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental ditemui mati dalam keadaan tergantung di tepi rumahnya di Kampung Chenulang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa yang berusia 20 tahun ditemui di tepi rumah oleh ibunya yang berusia 66 tahun selepas mendapati lelaki itu tiada di dalam rumah kira-kira pukul 11.30 malam.

Menurutnya, ibu mangsa telah bergegas keluar dan meninjau di luar rumah sebelum melihat anaknya berada dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon.

“Selepas menerima laporan daripada penduduk kampung, polis terus menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan di tempat kejadian turut menemui tangga yang digunakan mangsa untuk memanjat dinding sebelum menggantung dirinya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Suzaimi, siasatan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa dan kes diklasifikan sebagai mati mengejut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI