fbpx

Lelaki ditahan bawa daun ketum bernilai RM45,150

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIHAM Mohd. Kahar (kiri) menunjukkan antara daun ketum yang dirampas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong di Bentong semalam.

BENTONG – Tindakan nekad seorang lelaki menyalahgunakan kebenaran rentas negeri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membawa satu lori daun ketum membawa padah apabila dia ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong di sini semalam.

Difahamkan daun ketum seberat 1,505 kilogram yang telah dibungkus dalam kotak dan plastik tertulis nama penerima itu dibawa dari sebuah negeri di utara untuk dihantar ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, berdasarkan pemeriksaan terhadap sebuah lori pada pukul 8.30 pagi itu menemukan 1,505 kilogram daun ketum bernilai RM45,150.

“Pada mulanya lelaki berkenaan manyatakan tidak membawa apa-apa barang dan mempunyai surat kebenaran MITI (untuk rentas negeri) tetapi anggota bertugas yang berasa curiga melakukan pemeriksaan di dalam lori sebelum menemukan sejumlah daun ketum.

“Suspek yang berusia 28 tahun ditahan reman selama empat hari dan polis merampas sejumlah daun ketum yang boleh menghasilkan 30,200 bungkus air ketum serta merampas wang tunai berjumlah RM1,900 serta menyita sebuah lori tiga tan,”katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan siasatan mendapati daun ketum berkenaan dibawa dari sebuah negeri di utara semenanjung Sabtu lalu oleh seorang lelaki sebelum lori berkenaan mengalami kerosakan di Rawang, Selangor.

“Muatan daun ketum itu kemudiannya dipindahkan ke lori lain dan digantikan pemandu lain iaitu suspek yang dibayar wang pendahuluan sebanyak RM1,500 dan baki RM1,500 lagi dijanjikan akan dibayar selepas serahan barangan.

“Pada masa ini siasatan masih giat dilakukan dan pihak polis masih mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Sham berusia 20-an yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI