fbpx

Kilang baja salah guna surat pengesahan Jabatan Pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan - Kilang baja organik kompos yang diserbu JAS Selangor sebelum ini

SHAH ALAM – Sebuah kilang pembuatan baja organik kompos di Hulu Selangor yang diserbu sebelum ini kerana menjadi pencemar air dan bau didapati menyalahgunakan surat pengesahan telah dikeluarkan Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor.

Jabatan Pertanian memaklumkan mendapati permohonan syarikat tersebut adalah atas nama individu dan tujuan surat adalah untuk kutipan dan pemasaran hasil pertanian.

Katanya, semua syarikat yang mempunyai pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia harus mengemukakan permohonan melalui sistem CIMS 3.0 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula 14 Mei lalu.

“Jabatan Pertanian hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada permohonan individu untuk pergerakan kepada permohonan individu untuk pergerakan dalam jarak 10 kilometer.

“Syarikat ini telah menyalahgunakan surat pengesahan tersebut yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI