PUTRAJAYA – Purata harian suntikan dos vaksin Covid-19 akan ditingkatkan kepada 300,000 dos dalam masa terdekat.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau sudah menerima arahan daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba supaya menyegerakan kadar suntikan itu.
Beliau berkata, purata pemberian suntikan vaksin Covid-19 sepanjang minggu lalu meningkat kepada 189,329 dos sehari berbanding 130,842 pada minggu sebelumnya.
“Setakat ini, kadar vaksinasi tertinggi setakat ini direkodkan negara adalah pada 17 Jun lalu iaitu sebanyak 229,707 dos.
“Kita akan terus menyasarkan penanda aras baharu iaitu 300,000 dos sehari, dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.-K! ONLINE