fbpx

JHL Sabah selamatkan ‘Yuri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JHL Sabah cawangan Lahad Datu menyelamatkan seorang anak gajah jantan yang dipercayai tersesat di Ladang Felda Sahabat 9, Baiduri Ayu Khamis lalu. -Foto Ihsan JHL SABAH

LAHAD DATU – Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyelamatkan seekor anak gajah Borneo jantan dipercayai terpisah daripada kawanannya.

Pegawai JHL Sabah cawangan Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, anak gajah dianggarkan berusia setahun itu ditemui oleh pekerja ladang di Ladang Felda Sahabat 9, Baiduri Ayu Khamis lalu.

Katanya, sepasukan kakitangan JHL Lahad Datu ke lokasi berkenaan untuk pemeriksaan sebaik dimaklumkan mengenai penemuan anak gajah terbabit.

“Kakitangan JHL lahad Datu sudah berusaha untuk menyatukan kembali anak gajah itu dengan kawanannya.

“Malangnya anak gajah itu tidak diterima oleh kumpulan gajah dewasa menyebabkan kakitangan WRU menyelamat anak gajah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Silvester berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan ringan di bahagian kulit depan kiri serta kepala dan kini dibawa ke Pusat Rehabilisasi Orang Hutan Sepilok untuk pemantauan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI