fbpx

Jelmaan semula Tupac Shakur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Paris Brown menjadi tular kerana memiliki wajah seiras rapper popular, Tupac Shakur. - TikTok/@parisbrown424

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang pengguna TikTok menimbulkan kekecohan media sosial apabila memuat naik klip rakaman dirinya yang menunjukkan dia kelihatan seiras mendiang artis rap popular, Tupac Shakur, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengguna yang dikenali sebagai @parisbrown424 itu memuat naik video itu dan bertanya samada rupanya seiras Tupac. Penyanyi itu mati ditembak ketika berusia 25 tahun pada tahun 1996.

“Bila anda sedang bersiar-siar di luar dan ada yang menegur wajah anda sama seperti Tupac Shakur. 

“Apa pendapat anda semua? Adakah saya kelihatan sama seperti beliau?,” tanya Brown kepada netizen.

Klip itu menerima banyak respons pengguna media sosial yang rata-rata mengakui kesamaan wajah Brown dengan rapper tersebut.

“Saya tahu Tupac masih hidup dan akan buat kemunculan semula satu hari nanti,” komen seorang pengguna media sosial.

“Saya yakin bahawa anda tidak pernah mati, Tupac,” tulis seorang lagi.

upac Shakur maut ditembak pada tahun 1996 ketika berusia 25 tahun dalam insiden tragis yang berlaku di Las Vegas. – Getty Images

Rakaman tular itu muncul awal minggu ini menjelang sambutan ulang tahun ke-50  Tupac jika dia masih hidup.

Tragedi maut yang melibatkan Tupac ketika di puncak kerjayanya mengejutkan ramai peminat yang rata-rata sehingga kini tidak mempercayai berita itu, malah ada yang bmenganggap penyanyi itu memalsukan kematian sendiri dan masih hidup sehingga kini tanpa dibayangi populariti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI