fbpx

Insiden konkrit runtuh: Kebajikan mangsa terjaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang mangsa selepas ditimpa konkrit runtuh di tapak pembinaan DASH baru-baru ini.

PETALING JAYA- Kebajikan mangsa kejadian perancah besi yang jatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara akan diberi keutamaan dan perhatian penuh.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas) berkata, DASH akan memastikan kontraktor utama iaitu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan sub kontraktor berkaitan menguruskan urusan penghantaran pulang jenazah.

“Sementara itu, seorang lagi pekerja yang cedera kini masih diberikan rawatan dan dalam keadaan stabil.

“Pihak kami akan sentiasa memantau kebajikan pekerja yang terlibat akan dijaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Semalam, polis mengesahkan salah seorang daripada dua pekerja pembinaan yang ditimpa konkrit runtuh meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, dua pekerja pembinaan cedera selepas konkrit di tapak projek pembinaan DASH berhampiran Kota Damansara runtuh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.27 malam, kesemua warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu dilaporkan sedang melakukan kerja-kerja di bawah konkrit yang runtuh dari ketinggian 12 meter. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI