fbpx

Eksekutif terima rasuah kontrak pembersihan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang eksekutif sebuah pasar raya terkemuka ditahan selepas dipercayai terlibat rasuah kontrak pembersihan pada tahun 2018 hingga tahun ini.

Wanita berusia 43 tahun itu diberkas pada pukul 3.20 petang di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima wang suapan secara bulanan berjumlah RM39,000 daripada beberapa buah syarikat bagi kerja-kerja pembersihan.

“Bayaran diterima sebagai balasan bagi memastikan syarikat-syarikat terbabit terus mendapat kontrak pembersihan dengan syarikatnya.

“Perbuatan itu dilakukan sejak 2018 hingga tahun ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penangkapan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI