fbpx

Dua juta pekerja sektor pembuatan dapat vaksin September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Seramai dua juta pekerja daripada sektor pembuatan dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 selewat-lewatnya pada bulan September depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, capaian imuniti kelompok itu akan dibuat menerusi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

“Pikas menyasarkan seramai dua juta pekerja sektor pembuatan akan mencapai imuniti kelompok selewat-lewatnya September ini,” ciapnya di laman Twitter rasminya tadi.

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan kerajaan akan melancarkan program pemberian vaksinasi kepada pekerja perindustrian bermula Jun. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI