fbpx

Dijel tiga bulan ugut teman wanita malas masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Perbuatan seorang pembantu kedai yang menampar dan mengugut teman wanitanya menggunakan sebilah pisau kerana berang wanita itu tidak memasak akhirnya berbalas apabila dia hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Hendry Kesavan, 26, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap kesalahan itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 16 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan ugutan jenayah dengan cara mengacukan pisau dan berkata ‘kau tak payah hidup lagi’ terhadap seorang wanita, V.Shamme, 21, dengan niat untuk mendatangkan ketakutan.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Bukit Rawang Putra, di sini pukul 8.30 malam pada 15 Jun lalu dan dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa sama di lokasi, tarikh dan masa sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI