fbpx

Bicara NFC 24 Januari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Januari tahun depan bagi menyambung perbicaraan kes saman Kerajaan Malaysia terhadap National Feedlot Corporation (NFC) bagi menuntut pembayaran balik pinjaman dan faedah berjumlah RM253.6 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Anand Ponnudurai akan mendengar keterangan empat saksi yang akan dipanggil oleh NFC (defendan) pada perbicaraaan yang berlangsung selama lima hari sehingga 28 Januari dan tarikh itu ditetapkan pada sesi pengurusan kes yang dijalankan di hadapan beliau secara dalam talian.

Peguam Chong Kah Yee yang mewakili NFC memberitahu pihak media, defendan telah memanggil saksi pertama iaitu pakar audit, Andrew Heng memberi keterangan pada 17 Mac lalu manakala empat lagi saksi akan memberi keterangan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad turut memaklumkan, perbicaraan kes saman itu bermula pada 13 Januari tahun lalu dengan mendengar keterangan tujuh saksi plaintif sebelum kes ditutup pada 17 Mac lalu.

Kerajaan Malaysia memfailkan saman bagi menuntut NFC membayar balik pinjaman dan faedah berjumlah RM253.6 juta berhubung penubuhan dan operasi Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri
Sembilan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI