fbpx

Warga emas jaga anak 41 tahun sakit mental, lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOK DAH membantu Safwati untuk duduk di rumahnya di Kampung Bendang Baru, Bukit Panau, Tanah Merah semalam.

TANAH MERAH – Biarpun usianya telah lanjut, seorang wanita tetap menggagahkan diri untuk menjaga dan me­nguruskan anak perempuannya berusia 41 tahun yang lumpuh sejak enam bulan lalu.

Bidah Awang Hamat, 70, atau dikenali Mok Dah memberitahu, anaknya Safwati Mamat, 41, juga mengalami sakit mental sejak 11 tahun lalu selepas melahirkan anaknya hasil perkongsian hidup bersama suami kedua.

Katanya, penyakit mental yang dideritanya itu semakin teruk empat tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia.

“Sebelum terlantar sakit, Safwati masih boleh menguruskan kehidupan sendiri walaupun berperangai kebudak-budakan cuma tubuhnya sering menggigil dan bergoyang ketika berjalan.

“Bagaimanapun, kehidupan­nya berubah apabila dia dijumpai terbaring di bawah pokok enam bulan lalu.

“Sejak itu, dia sudah tidak boleh berjalan dan hanya terba­ring,” katanya yang turut menjaga cucunya di sini semalam.

Tambahnya, dia kini tidak lagi menoreh getah dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan yang diterima­nya dan Safwati.

“Saya gunakan sebaik mungkin untuk membeli lampin pakai buang dan perbelanjaan seha­rian kami tiga beranak. Penduduk kampung turut memberi sumbangan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, dia memerlukan bantuan katil khas selain tandas di bahagian ruang tamu bagi memudahkan tugas mengurus Safwati.

“Sebelum ini saya terpaksa mengheret Safwati ke tandas sebelum ada individu prihatin yang menyumbangkan kerusi roda buatnya.

Orang ramai yang mahu meng­hulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Agrobank, Bidah Awang Hamat, 2001-6710-0011-2840 atau meng­hubungi jirannya Mawarni Mat Yusoff di talian 017-9418814. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI