fbpx

Verstappen tidak puas hati penjelasan diberi Pirelli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN gagal menamatkan perlumbaan di Baku selepas jenteranya terbabas dan melanggar dinding selepas tayar belakang meletup. – AFP

LE CASTELLET, Perancis – Pelumba Red Bull, Max Vers­ta­ppen mendedahkan bahawa dia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pembekal tayar saingan Formula Satu (F1) Pirelli, mengenai insiden tayar jenteranya yang meletup pada saingan Grand Prix Azerbaijan 6 Jun lalu.

Verstappen yang mendahului perlumbaan ketika itu dikejutkan dengan insiden tayar belakang sebelah kanan yang meletup secara tiba-tiba ketika sedang memecut di laluan lurus menyebabkan dia terbabas dan merempuh dinding penghadang litar.

Pada perlumbaan yang berlangsung di litar jalanan Baku, Verstappen merupakan mang­sa kedua kerana sebelum itu, pelumba Aston Martin, Lance Stroll juga menerima nasib yang sama.

Pirelli dalam kenyataan hasil siasatan yang dilakukan mendedahkan bahawa tayar yang mereka bekalkan berada dalam keadaan yang baik dan berkua­liti dan turut mengesahkan bahawa semua pasukan telah mengikuti semua langkah untuk memastikan produk mereka dalam keadaan sempurna.

“Secara peribadinya saya tidak gembira dengan penjelasan mereka. Saya fikir pasukan kami telah mengikuti segala panduan yang diberikan termasuk tekanan angin yang sesuai.

“Sudah pasti, kami berdepan tekanan untuk perlumbaan minggu ini kerana isu tersebut. Sepatutnya ada perkara yang perlu diperbetulkan, mungkin lebih baik jika kami mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku supaya dapat membuat persediaan,” katanya.

Pirelli dalam kenyataan itu lagi menyebut bahawa terdapat ke­san koyakan pada bahagian dalam tayar tersebut dan ia dikaitkan dengan tekanans ketika jentera bergerak pantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI