DARI kejauhan sudah terdengar ngiauan kucing-kucing terbiar di pusat perlindungan Bustana Kucing yang terletak di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat, Perlis. Menghampiri pusat perlindungan tersebut, beberapa ekor ‘si bulus’ dilihat mengiau manja sambil bermain dengan pekerja di situ. Sebahagian besarnya pula dilihat bermalas-malasan di lantai, para kayu serta rumah kecil di dalam sangkar dek kesejukan setelah seharian cuaca hujan. Masuk sahaja ke dalam sangkar seluas kira-kira 50 meter x 15 meter itu, kucing-kucing tersebut bingkas bangun dan mula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya