fbpx

Pengasas TikTok orang ketujuh terkaya di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yiming merupakan orang ketujuh terkaya di China dengan nilai kekayaan berjumlah RM142.8 bilion. - China Group via Getty Images/Ruobing Su/Business Insider

BEIJING – Pengasas TikTok, Zhang Yiming dinobatkan orang ketujuh terkaya di China dengan nilai kekayaan bersih berjumlah £25 bilion (RM142.8 bilion), lapor akhbar Daily Star kelmarin.

TikTok dibangunkan menerusi syarikat miliknya, ByteDance pada 2012, dan aplikasi perkongsian video itu membolehkan pengguna menghasilkan tutorial, menari dan bengkel secara online.

Platform media sosial tersebut meraih populariti di seluruh dunia terutamanya ketika semua negara berdepan dengan perintah berkurung ketika pandemik Covid-19.

Keadaan itu mendorong pendapatan syarikat untuk berganda kepada £24.5 bilion (RM140 bilion) pada tahun lepas selain keuntungan kasar tahunan yang turut berkembang sebanyak 93 peratus kepada AS$19 bilion (RM78.6 bilion).

Prestasi itu telah menjadikan Yiming sebagai orang ketujuh terkaya di China, dan pada tahun 2019, majalah Time menggelarnya sebagai ‘usahawan terbaik di dunia’.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaannya, Yiming mengumumkan untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada Mei lepas dan akan memegang satu jawatan baharu menjelang hujung tahun ini.

Dalam satu surat kepada pekerjanya, Yiming berkata, kedudukannya sebagai CEO akan digantikan oleh pengasas bersama ByteDance, Rubo Liang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI