fbpx

PATI ditangkap ketika mencari lokasi menyorok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditangkap selepas 10 minit memasuki Sekinchan.

SABAK BERNAM – Sekumpulan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang baharu 10 minit menyusup masuk negara ini berjaya ditahan di Jalan Baru Kampung Mandur Wahit Tali Air 4, Sekinchan di sini hari ini.

Mereka yang termasuk empat wanita berusia 18 hingga 55 tahun ditangkap pukul 1.40 pagi ketika mencari lokasi untuk menyorok diri sementara menunggu waktu siang.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mereka bertolak dari Tanjung Balai, Indonesia pukul 2 pagi semalam sebelum tiba di negara ini pukul 1.30 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan mereka membayar di antara RM1,000 hingga RM1,500 bagi memasuki negara ini menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Sekinchan.

“Sewaktu penahanan dilakukan mereka sedang mencari lokasi untuk menyorok sebelum dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing pada waktu siang.

“Semakan menunjukkan terdapat PATI yang ditangkap itu mempunyai kaitan keluarga dan akan menuju ke Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menegaskan, kesemua individu berkenaan yang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dihantar ke Balai Polis Sekichan untuk tindakan lanjut.

Rizal menjelaskan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI