fbpx

Nyawa hampir melayang kayu tembus bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amri (kiri) menunjukkan kayu bumbung yang menembusi atap bilik tidur rumahnya akibat dipukul angin kencang semalam ketika menerima kunjungan Shiau Yoon di Taman Delima, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah hampir tertusuk kayu bumbung yang menembusi atap bilik tidurnya akibat dipukul angin ribut dalam kejadian di Taman Delima di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Amri Razali, 30, bersama isterinya, Farhana Yusoff, 30, dan anaknya yang berusia 18 bulan berada di ruang tamu menonton televisyen.

Amri memberitahu, angin ribut yang bertiup kencang itu menyebabkan bumbung hadapan rumahnya berlipat manakala separuh daripada bumbung rumahnya melayang diterbangkan.

Juruteknik itu berkata, keadaan itu menyebabkan dia dan isterinya panik manakala anaknya tidak henti-henti menangis setelah hujan lebat mula membasahi kawasan rumah tamu.

“Melihat keadaan itu, isteri saya masuk ke bilik untuk menyelamatkan barangan bayi, ketika hendak keluar dari bilik tidur itu, dia terdengar bunyi kuat dan ternampak sebatang kayu menembusi yang hampir mengenainya.

“Mujur kayu yang tertusuk itu tidak kena dekat dia. Dalam keadaan cemas, saya hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan peribadi yang penting sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan rumahnya di sini hari ini.

Amri memberitahu, kejadian itu menyebabkan beberapa barangan elektrik serta perabot rumahnya rosak disebabkan dibasahi hujan lebat.

Katanya, cermin belakang keretanya juga pecah setelah ditimpa bumbung yang tercabut itu dan menganggarkan kerugian sebanyak RM5,000 dialaminya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI