fbpx

Kedai fotostat, alat tulis dipertimbang beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol.

HULU TERENGGANU – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan kedai fotostat dan alat tulis kembali beroperasi pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kementeriannya telah menyuarakan permohonan tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat lalu.

“Saya difahamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah mengemukakan permohonan sama kepada MKN semalam (kelmarin).

“Kita sedar rungutan ramai ibubapa tentang penutupan kedai alat tulis dan fotostat sedangkan ia amat perlu untuk anak-anak mereka yang sedang menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya di sini hari ini.

Rosol berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara dasarnya bersetuju pembukaan semula kedai alat tulis dan fotostat ini amat wajar.

Oleh itu, beliau berkeyakinan permohonan pembukaan semula kedai alat tulis dan fotostat tersebut akan diputuskan MKN pada masa terdekat.

Sebelum ini, ramai ibubapa merungut tidak dapat membeli alat tulis dan membuat salinan kerja sekolah untuk anak-anak mereka kerana bukan semua keluarga memiliki mesin pencetak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI