fbpx

Isu haid: KPM tubuh jawatankuasa bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) kini berada dalam peringkat akhir mengkaji penubuhan jawatankuasa bebas berhubung sebarang penyaluran aduan termasuk melibatkan isu pemeriksaan haid pelajar perempuan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, jawatankuasa berkenaan turut akan meneliti tatacara menangani aduan-aduan yang diterima oleh pihaknya.

“KPM sedang dalam peringkat akhir mengkaji penubuhan sebuah jawatankuasa bebas untuk meneliti tatacara menangani aduan-aduan berkaitan.

“Akan ada tatacara proses yang lebih menyeluruh dalam konteks ini bagi membolehkan jika timbul isu-isu sebegini pada masa akan datang kita akan laksanakan dengan lebih tersusun dan teratur,” katanya pada sidang akhbar maya di sini hari ini.

Menurutnya, jawatankuasa itu akan mengesyorkan aspek yang perlu dilakukan bagi penambahbaikan terhadap mekanisme sedia ada dengan sebarang aduan yang diterima akan disiasat.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang haid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI