fbpx

Israel nafi vaksin untuk Palestin ‘rosak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota unit bergerak Kementerian Kesihatan Palestin memberi vaksin kepada seorang warga emas di kampung Dura dekat Hebron di Tebing Barat, pada 9 Jun lalu. - AFP

BAITULMUQADDIS – Kementerian Kesihatan Israel mendakwa bekalan satu juta vaksin Pfizer tamat tempoh yang sepatutnya dihantar ke Palestin masih boleh berfungsi dengan baik, lapor akhbar Times Of Israel, semalam.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata vaksin Pfizer-BioNTech masih berada dalam keadaan sempurna dan merupakan bekalan samayang sedang diberikan kepada warga Israel.

Pegawai mengatakan bahawa ia adalah amalan biasa untuk menggunakan vaksin yang tarikh luputnya sudah hampir dan selagi tarikhnya belum tiba, pengeluar menganggapnya selamat untuk digunakan.

Pihak Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pula dilaporkan khuatir tarikh luput yang sangat hampir akan menyebabkan skeptisisme dan ketakutan terhadap vaksinasi dalam kalangan penduduk Palestin.

Baki bekalan vaksin yang ditetapkan untuk penghantaran seterusnya dikatakan mempunyai tarikh luput pada akhir Julai, kata pegawai Kementerian Kesihatan Israel pada petang semalam.

Menurut beberapa laporan media Israel semalam, pihak berkenaan masih berharap dapat mencapai persefahaman dengan Palestin agar vaksin tersebut tidak disia-siakan.

Namun begitu, pegawai tempatan memberitahu stesen televisyen Saluran 12 bahawa kumpulan pertama 100,000 dos vaksin yang ada sekarang berkemungkinan besar akan dibuang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI