fbpx

Intan Najuwa pun tak ingin jadi bini ‘awak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUWA

SEJAK akhir-akhir ini, memang kerap mendengar cerita tentang Intan Najuwa yang dikatakan semakin seksi.

Entah kenapa Intan juga sering menjadi mangsa tohmahan netizen kerana pemakaiannya. Rasanya dia memang begitu sejak dahulu.

Antara komen pedas netizen ialah dia tidak sesuai dijadikan isteri kerana penampilannya seksi dan suka minum sambil berdiri.

“Tidak boleh buat bini, minum sambil berjalan, kain tak cukup benang. Hendak tunjuk pahalah konon,” tulis seorang netizen.

Tidak berdiam diri, Intan membalas komen tersebut dengan menyatakan dia juga tidak mahu menjadi isteri lelaki tersebut.

“Aik, saya lagi tidak ingin hendak jadi bini awak,” balas Intan.

Main balas-membalas pula ya. Mungkin individu tersebut mahu memberi nasihat tetapi caranya salah dan penggunaan ayat juga kedengaran kasar.

Seelok-eloknya jika mahu menegur, lakukanlah dengan cara yang lebih sopan ataupun doakan sahaja seseorang itu akan berubah menjadi lebih baik.

DIVA: Dengarnya seseorang telah didakwa atas pertuduhan terima deposit haram yang boleh membawa hukuman denda RM50 juta atau penjara maksimum 10 tahun. Nampaknya kita semua kena hati-hati supaya tidak terjebak perkara salah di sisi undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI