fbpx

Insiden konkrit runtuh: Siasatan bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan konkrit yang runtuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) baru-baru ini.

PETALING JAYA – Siasatan merangkumi aspek teknikal sudah dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi mengenal pasti punca konkrit runtuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara, semalam.

Ketua Pengarah JKKP, Ir Zailee Dollah berkata, siasatan itu penting untuk mendapatkan gambaran dan input penuh mengenai apa yang berlaku sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Persoalan sama ada insiden itu berlaku kerana kontraktor atau syarikat pembinaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan masih disiasat.

“Setakat ini, masih terlalu awal juga untuk kita maklumkan jangka masa siasatan kemalangan itu kerana ia baru berlaku,” katanya hari ini.

Jelasnya, pemantauan proses pembinaan terutama di kawasan berisiko tinggi sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Ada situasi kita akan dapatkan laporan daripada pihak berkaitan dan juga turun padang ke kawasan itu untuk melihat sendiri adakah mereka patuh atau tidak terhadap SOP ditetapkan.

“Dalam hal ini, syarikat atau kontraktor terbabit perlu memastikan kawasan pembinaan serta pembangunan dilaksanakan kekal berada dalam persekitaran selamat dan sihat,” katanya.

Terdahulu, seorang pekerja pembinaan cedera dan seorang lagi maut selepas konkrit di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara runtuh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.27 malam, kesemua warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu dilaporkan sedang melakukan kerja-kerja di bawah konkrit yang runtuh dari ketinggian 12 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI